Anak adalah idaman bagi semua pasangan yang sudah berkawin dan ia dianggap sebagai kurnia paling berharga yang mampu menjadi penyeri kepada sesebuah keluarga. Namun begitu, bukanlah semua orang beruntung di mana, selepas sahaja setahun berkahwin sudah pun dikurniakan cahaya mata.
Menurut kajian, dianggarkan kira-kira satu dalam tujuh pasangan mengalami kesukaran untuk hamil…. biarpun telah melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan selama lebih 12 bulan. Apakah faktor yang mempengaruhi kesuburan seseorang?
[favorite]
Untuk pengetahuan semua, “kemandulan” iaitu sejenis kondisi yang menghalang kesuburan dan kehamilan seseorang lebih kerap menyerang kaum wanita iaitu 45 persen berbanding lelaki, 33 persen.
Sebab-Sebab Kemandulan Wanita
-Endometriosis
-Masalah Ovulasi -Kualiti Telur Rendah-Sindrom Polisistik Ovari (PCOS)
-Tiub Fallopio Tersumbat & Rosak
-Masalah Enjakulasi
-Masalah Sperma
- Kekalkan berat badan ideal (jangan terlalu gemuk dan jangan terlalu kurus)
- Berhenti merokok
- Elak mengambil sebarang minuman beralkohol
- Kurangkan tekanan diri
- Kurangkan pengambilan kafein
Berlaku apabila endomentrium iaitu lapisan rahim merangkumi ovum yang tidak disenyawakan itu tumbuh di luar rahim lalu menjadi endometriosis… Ini akan menyebabkan saluran sekitar rahim dan ovari tersumbat lalu menyebabkan masalah berkaitan ovulasi.
Simptom: Senggugut teruk, kesakitan ketika seks, sakit teruk bahagian pelvis, sakit ketika buang air semasa datang haid, dll.
Apabila hormon menghalang sekaligus membantutkan kematangan telur (ovum).
Simpton: Tidak datang haid langsung, haid datang tetapi tidak menentu disertai pendarahan yang terlalu banyak atau kadang-kala terlalu sedikit secara tidak normal.
Berlaku apabila telur yang dihasilkan rosak dan mempunyai ketidaknormalan kromosom di mana, telur tidak mampu bertahan lama untuk capai tempoh kehamilan sembilan bulan (gugur). Kes ini berlaku terhadap wanita yang sudah berumur iaitu lewat 30an hingga awal 40an. Waktu usia begini, telur yang dihasilkan sudah tidak berkualiti berbanding wanita berusia muda.
Simptom: Sukar hamil dan keguguran tanpa sebab munasabah.
PCOS disebabkan oleh ketidak-seimbangan hormon lalu mengganggu ovulasi (proses penghasilan telur).
Simpton: Haid tidak tetap, penumbuhan bulu dan jerawat secara berlebihan disekitar tubuh serta peningkatan berat badan yang tidak terkawal.
Tiub fallopio yang tersumbat atau rosak akan halang telur untuk sampai ke uterus dan dalam masa yang sama turut menghalang sperma daripada menghampiri telur. Penyebab utamanya termasuk penyakit keradangan pelvis, penyakit kelamin seperti chlamydia, dan kesan daripada pembedahan pemandulan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Sebab-Sebab Kemandulan Lelaki
Sebaik sperma dihasilkan di dalam buah zakar (testicle), ia akan berjalan menerusi salarun yang dipanggil vas deferens.
Jika saluran utama itu tersumbat, kebarangkalian untuk sperma keluar bagi disenyawakan (enjakulasi) adalah tipis. Lebih parah, penyakit kelamin seperti chlamydia atau gonorrhoea, kecederaan pada buah zakar serta kecacatan juga mampu menyebabkan saluran zakart tersumbat.
Apabila si lelaki menghasilkan sperma yang kurang daripada kadar sepatutnya, sperma tidak aktif (mengalami masalah untuk bergerak dan disenyawakan) serta sperma yang terhasil berada dalam keadaan tidak sempurna (berbentuk abnormal). Dalam pada itu, varikokel iaitu gejala bengkak pembuluh darah pada buah zakar juga boleh menjadi punca saluran sperma tersumbat.
Langkah Pencegahan
Jika kamu adalah seorang wanita dan mahu lekas hamil, pastikan anda mengubah cara dann gaya hidup pada kadar segera dengan:-
Dalam pada itu, adalah amat mustahak untuk pasangan yang baru berkahwin terus mendapatkan anak. Dinasihatkan supaya pasangan tidak perlu merancang kehamilan pertama kerana jika ditunda dan apabila umur semakin meningkat, tahap kesuburan sudah semakin lemah baik lelaki mahupun wanita.
Selamat beramal!
Sumber : https://www.wanista.com
0 komentar:
Post a Comment