5 Fakta Sains Ini Sudah Ada Dalam Al-Quran

Manusia adalah makhluk berakal yang mencari segala hal yang berkaitan dengan kehidupan. Bahkan karena Allah Berikan Akal kepada mereka, sampai-sampai mereka berpikir dengan kekuatan akalnya mencari dan mencari segala hal di dunia ini. Siapa, Dimana, Mengapa dan Apa adalah pertanyaan yang sering di ajukan manusia.

5 Fakta Sains Ini Sudah Ada Dalam Al-Quran



Kalau kita mengkaji Al-Quran, banyak perkara yang kita akan saksikan atau yang kita lakukan sudah diterangkan dalam Al-Quran. Walaupun kita tahu tentang kebaikan membaca Al-Quran, tetapi masih banyak intipati Al-Quran yang patut kita pelajari. Dengan mempelajari isi kandungan Al-Quran, kita akan lebih memahami dunia termasuk jugak perkara-perkara yang ditemui oleh ahli sains.

1. Kejadian manusia

kelahiran bayi
Ahli biologi menemukan bahawa manusia terjadi daripada gabungan sperma yang datang dari air mani dan ovum (telur) yang dikeluarkan daripada ovari kaum hawa. Gabungan sperma dan ovum ini membentuk zigot yang seterusnya membentuk embrio. Proses pembentukan ini kemudian diteruskan daripada segumpal darah sehingga bayi yang ada dalam kandungan ditiupkan roh.
Penemuan para ilmuwan barat ini berlaku pada tahun 1940 tetapi proses telah tertulis dalam Al-Quran sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Ada antara ilmuwan memeluk Islam setelah mendapat tahu bahawa kebenaran yang tertulis dalam Islam dan ini menunjukkan betapa hebat Al-Quran.
Kejadian manusia ini tertulis dalam Al-Quran dan dalam surah yang berikut cukup jelas menerangkan tentang manusia. Surah Al-Mukminun Ayat 12-14
12. "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah."
13. "Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim)"
14 "Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik."

2. Garis peredaran matahari dan bulan

garis peredaran matahari
Para saintis menemui bahawa planet-planet mengelilingi matahari manakala bulan pula mengelilingi bumi. Mereka juga menerangkan bahawa planet-planet dan bintang-bintang ini mempunyai garis peredarannya yang tersendiri. Penemuan oleh saintis ini merupakan satu penemuan yang begitu hebat.
Walaupun sehebat mana pun penemuan ini, ia sudah tercatat dalam Al-Quran. Bukan itu sahaja, Al-Quran juga menerangkan fenomena alam ini dengan begitu teliti satu per satu. Diterangkan dalam Al-Quran bahawa matahari dan bulan bukan sahaja bergerak, tetapi ia mempunyai paksi atau garis peredarannya yang tersendiri. Begitu terperinci penerangan yang dijelaskan oleh Al-Quran namun masih ada ramai yang tidak mahu beriman.
Penerangan ini tercatat dalam Surah Al-Anbiya ayat 33 dan Surah Yasin ayat 38 seperti berikut:
"33. Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya." Al-Anbiya
"38. Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui." Yasin

3. Alam semesta yang terus mengembang

alam semesta berkembang
Seorang ahli fizik daripada Rusia, Alexander Friedmann dan ahli kosmologi daripada Belgium, George Lemaitre mengeluarkan satu teori bahawa alam semesta terus berkembang dan teori ini disokong oleh data persamaan matematik. Penemuan yang berlaku pada awal abad ke-20 juga disokong oleh ahli kosmologi terkenal, Stephen Hawking dalam perjalanannya mencari permulaannya alam semesta.
Penemuan ini juga tertulis dalam Al-Quran membuktikan bahawa Islam merupakan agama yang benar kerana sudah banyak penemuan dijumpai yang sudah diketahui oleh umat Islam. Namun, penemuan ini masih lagi tidak berjaya meyakinkan ahli kosmologi yang rata-ratanya tidak mempercayai Tuhan atau atheis.
Surah Ad-Dariyat ayat 47 menerangkan tentang berkembangnya alam semesta.
"47. Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya."

4. Rahsia Besi

bijih besi
Besi yang kita banyak manfaatkan hari ini sebenarnya tidak dibuat di bumi atau galaksi kita. Ini kerana Bima Sakti yang kita tinggal pada hari ini tidak mampu dan tidak mempunyai struktur yang sesuai untuk menghasilkan besi. Sebenarnya besi diturunkan ke bumi setelah ia dihasilkan di bintang-bintang luar yang sangat jauh.
Ahli astronomi moden juga menerangkan bahawa logam besi yang ditemukan di bumi sebenarnya berasal dari bintang-bintang raksasa di angkasa luar. Logam berat ini dihasilkan dalam bintang-bintang raksasa ini disebabkan faktor kesesuaiannya menahan suhu yang tinggi dan sebagainya.
Rahsia besi ini sudah tertulis dalam Al-Quran di mana ayat ini dengan jelas menerangkan bahawa besi "diturunkan" bukan dijadikan. Dalam surah ini juga menjelaskan bahawa manusia akan menggunakan besi ini kerana "manfaat" yang ada besi kerana sifatnya yang "kuat".
Potongan ayat Al-Quran daripada Surah Al-Hadid ayat 25
"…Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia …."

5. Cap Jari

cap jari
Manusia mempunyai tubuh badan yang berbeza setiap seorang walaupun terdapat 7 billion manusia di bumi ini. Malah ini hanya manusia zaman sekarang, tidak dikira lagi manusia yang datang daripada zaman sebelum ini setelah manusia hidup di bumi berapa ribu tahun yang lalu. Bayangkan setiap manusia ini mempunyai cap jari yang berbeza setiap orang.
Perbezaan cap jari ini dimanfaatkan oleh ahli ilmuwan untuk mencipta alat-alat yang mampu mengesan cap jari setiap orang. Cap jari juga banyak digunakan untuk meningkat tahap sekuriti dalam pelbagai alat seperti Iphone, kad pengenalan dan sebagainya. Kekuasaan Allah mencipta cap jari setiap orang dalam bentuk berbeza ini sungguh hebat dan sangat unik. 
Dalam ayat Al-Quran jelaskan menerangkan bahawa Allah mampu menyusun jari-jari kita dengan sempurna dan tidak satu lengkungan jari kita yang sama dengan orang lain walaupun kembar kita sendiri.
Penerangan ini tertulis dalam Surah Al-Qiyaamah ayat 3-4.
"3. Apakah manusia mengira, bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?"
"4. Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna."

Masih banyak ayat Al-Quran yang dapat menerangkan penemuan sains dan bukan 5 bukti ini sahaja. Jika anda berminat, boleh mencarinya di internet agar kita dapat meningkatkan iman kita kerana penemuan ini membuktikan dan meyakinkan kita tentang kewujudan Allah.
sumber: Mujahidah Blog

0 komentar:

Post a Comment