
Tidur adalah pekerjaan yang wajib dan harus dilakukan oleh seluruh manusia, sebab tidur adalah proses istirahat badan dari segala aktifitas. Manusia zaman sekarang kadang tidak memperdulikan cara tidur mereka karena memuaskan nafsu kegermaran mereka.
Padahal apabila tidur mereka tidak dilakukan dengan baik maka akan rusak segala penjagaan kesehatan pada diri mereka.Tetapi bila sahaja malam menjelma, ramai manusia tidak boleh tidur terutamanya pengguna-pengguna internet.
Otak kita apabila tidak beristirahat dan tidak tidur terus bekerja dan akan mengalami kelelahan yang sangat. Bahkan ketika kurang tidur akan menimbulkan gejala yang merusak kulit muka, karena kurangnya istirahat. Dalah tidur semua anggota badan beristirahat, termasuk kulit juga.
Oleh sebab itu dapat diketahui gejala kurang tidur sebagai berikut:
1. Kurang Letih
Kalau dah letih itu, duduk atas kerusi kayu pun boleh tidur. Tetapi masalahnya sekarang kita tidak letih. Tidak letih badan mahupun minda. Selalu saja keluar persoalan-persoalan yang bermain di minda.
Lalu menyebabkan sukar tidur malam. Tambahan pula, kita bukan sekadar perlu letih tubuh badan malah otak juga perlu letih untuk mudah tidur.
Selain itu, kedua-dua itu bila digabung barulah terasa nikmatnya. Kalau salah satu tidak ada, maka berjagalah jawabnya.
Jadi, cuba untuk berkerja dengan otak serta anggota badan supaya letih.
Cara paling berkesan untuk mudah letih kedua-duanya sekali ialah:
- Berfikir perkara paling sukar diselesaikan;
- Berbincang mengenai sesuatu masalah;
Setiap orang mempunyai rutin harian yang berbeza. Cuba cari masa yang terluang digantikan dengan perkara-perkara yang berfaedah.
2. Kurang Selesa
Pergi ke tempat tidur. Bau semacam. Rupa-rupanya ada tahi kucing. Bengang, marah. Memang tidak boleh tidur.
Itu kalau bau, ini pula kalau bilik kotor dengan makanan segera yang tidak dicuci. Tempat tidur bersepah, banyak habuk. Bagaimana nak tidur dengan lena dan selesa?
Tempat tidur ialah zon selesa. Tempat kurang gangguan daripada segala-galanya. Cuma ada katil, bantal dan selimut. Itu sudah cukup.
Tidak perlu ada telefon pintar dan segala jenis barangan atas tempat tidur. Simpan barang yang tidak sepatutnya dan jaga tempat tidur seperti kawasan larangan.
Cuma kita sendiri sahaja yang boleh baring dah berehat. Selalunya memang itulah yang terjadi. Orang tidak faham apakah sebenarnya tempat tidur.
Tempat tidur ialah tempat yang paling selesa.
3. Kurang Makan
Krok, krok. Perut berbunyi. Minda sudah terbayang-bayang makanan yang enak belaka. Mata tidak pejam, terus berangan seorang diri.
Faktor kurang makan juga harus diambil berat sekiranya kita mahu tidur yang lena.
Makan makanan yang berkhasiat sahaja sebelum nak tidur. Elakkan makan di tempat tidur dan cuba elakkan juga daripada jarak masa makan dan tidur yang terlalu lama.
Selalunya, lepas makan. Menonton filem dahulu lah. Filem 90 minit. Itu tidak dicampur lagi dengan iklan-iklan yang merunsingkan.
Makan untuk alas perut dan berhenti makan berlebihan sebelum tidur.
4. Kurang Tenang
Kerja tidak siap lagi. Esok nak kena hantar. Macam mana ini?
Runsing, selalu memikirkan kerja yang tidak siap lagi. Bagaimana mahu dapatkan tidur yang hebat?
Perkara yang sering terjadi pada diri sendiri. Memang masa malam-malam sahaja rajin nak buat kerja. Bila petang tidak mahu pula.
Bukan apa, bila malam tenang, tidak ada banyak gangguan. Tetapi kalau perkara ini berlarutan memang menjadi masalah yang kronik.
Bagaimana pula nak mengatasinya?
- Siapkan segala tugasan paling penting di awal pagi;
- Tenangkan minda dengan beristigfar(100 kali kalau sempat);
- Selawat ke atas Rasulullah SAW;
Lagi tenang suasana tempat tidur, lagi senang nak tidur.
5. Kurang Bersosial
Daripada pagi sampai ke esok pagi. Tidak keluar rumah. Hanya duduk dalam rumah goyang kaki. Tidak keluar rumah. Lagi teruk, tidak keluar bilik.
Faktor bersosial juga penting bagi saya. Kita perlu bertegur sapa secara langsung, bukan sahaja perlu bersosial di facebook. Malah perlu berkomunikasi luar daripada alam maya.
Cuba untuk mendapat "sentuhan" yang langsung bukan "sentuhan" maya-maya.
Lagi kurang kita bersosial, lagi kurang lena kita tidur.
Jangan jadi katak yang hidup di bawah tempurungnya. Jadilah katak yang lompat di atas tempurungnya.
Sumber : http://danial-ar.blogspot.my/
0 komentar:
Post a Comment